Wednesday, February 10, 2010

Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
















Abstrak

Mata pelajaran sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru tulisan ini cuba mengetengahkan bagaimana aspek ICT boleh digunakan sebagai bahan untuk P&P sejarah. P&P sejarah boleh menggunakan empat teknik iaitu teknik tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. P&P Keempat-empat teknik ini boleh menggunakan Kaedah Portal dan Forum, e-mail, CDROM, pangkalan data sejarah, pemprosesan perkataan dan presentation, dan penggunaan perpustakaan maya. Penggunaan ICT dalam P&P turut memberikan kesan dan cabaran kepada kita dari aspek propaganda dan tempias globalisasi, keupayaan mengakses maklumat, kekurangan perisian dan courseware berbahasa Melayu, Isu latihan guru sejarah, persamaan peluang mengakses bahan, dan isu pengajaran dan pembelajaran. Secara kesimpulannya pengalaman negara-negara di Eropah menunjukkan P&P menggunakan ICT dapat meningkatkan minat dan pencapaian dalam mata pelajaran sejarah. Walau bagaimanapun penggunaan ICT harus dirancang dengan teliti untuk mengelak mata pelajaran sejarah menjadi Sejarah ICT dan bukannya ICT dalam P&P Sejarah.



Pengenalan

Isu pengajaran dan pembelajaran (P&P) banyak dibincangkan dalam seminar atau menjadi isu utama dalam kajian. Proses P&P biasanya akan melibatkan interaksi secara bersemuka di antara guru dan pelajar (Koh Boh Boon 1992). Walau bagaimanapun dengan berlakunya perubahan dalam teknologi maklumat, aspek secara bersemuka tidak lagi relevan sepenuhnya malah P&P boleh berlaku melalui manipulasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) malah menjadi pemangkin dalam P&P (Ehwan Supangat 2005). Konsep pembelajaran menggunakan internet juga bukanlah sesuatu yang baru, malah kerajaan Malaysia sejak tahun 1997 telah melancarkan Sekolah Bestari (The Malaysian Smart School, 1997) sejajar dengan gagasan Multimedia Super Corridor (MSC).

Pada era digital ini konsep pengajaran dan pembelajaran sejarah banyak dibincangkan melalui seminar, jurnal dan tesis pelajar di Universiti. Perbincangan tentang P&P sejarah banyak memfokuskan kepada aspek:

1. Sumber-Penggunaan sumber yang telah didigitalkan di Internet dan proses pendigitalan.
2.
Penggunaan Sumber-memfokuskan kepada strategi pembelajaran yang boleh digunakan di dalam kelas.

Walau bagaimanapun persepsi masyarakat umum menganggap sejarah sebagai mata pelajaran yang sangat membosankan yang memerlukan guru memberi sebanyak maklumat tentang masa lalu untuk diingati oleh pelajar dan mengingati semula fakta tersebut di dalam peperiksaan (H. Doreen Tan 2004).

Definisi Konsep

ICT

ICT merupakan istilah Information Communications Technology (ICT) atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Agak sukar untuk memberi takripan yang tepat disebabkan perkembangan ICT yang terlalu pantas. Walau bagaimanapun kita akan memfokuskan kepada tiga perkataan disebalik ICT:

* Information (Maklumat)
* Communications (Komunikasi)
* Technology (Teknologi)

Justeru, ICT banyak menyentuh aspek penyimpanan (storage), retrieve, manipulasi, transmissi atau menerima data-data digital. Malah kesemu aspek ini saling bergantung di antara satu sama lain. Dalam urusan seharian ICT dikategorikan kepada dua:

1. Teknologi Asas Komputer-Alat Komputer Peribadi (PC) yang digunakan dirumah atau ditempat kerja. Aplikasi yang sering digunakan ialah Pemprosesan Perkataan (Word/Text), Hamparan Kerja (Spreadsheets), Pangkalan Data (Database), Persembahan (Presentation), pelayar internet, Perisian Grafik dan lain-lain.
2. Teknologi Komunikasi Digital-Teknologi yang membolehkan orang ramai, berkomunikasi dan berkongsi maklumat digital.


Latar Belakang Sistem Pendidikan di Malaysia

Untuk memahami dengan lebih jelas penulisan ini adalah lebih baik kita melihat latar belakang Sistem Pendidikan di Malaysia. Pendidikan untuk rakyat Malaysia bermula seawal-awal umur enam tahun. Ibu bapa bebas untuk memilih tadika yang disukai, walau bagaimanapun bagi ibu bapa yang kurang berkemampuan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan pendidikan asas enam tahun.

Seterusnya pelajar akan melalui pendidikan rendah selama enam tahun. Pada tahun yang keenam iaitu ketika berumur 12 tahun semua pelajar akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Peperiksaan UPSR biasanya akan menjadi kayu ukur untuk pemilihan pelajar ke sekolah-sekolah terpilih di seluruh Negara.

Pendidikan Menengah akan bermula ketika berumur 13 tahun hinggalah pelajar berumur 17 tahun. Di antara tempoh umur ini pelajar akan menduduki peperiksaan Penilaian Menegah Rendah (PMR) semasa di tingkatan tiga dan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ketika di tingkatan lima. Peperiksaan PMR biasanya digunakan sebagai pengukur pelajar yang berkebolehan ke aliran Sains, Sastera atau Teknik. Manakala kelulusan SPM digunakan sebagai asas untuk kemasukan ke Matrikulasi, Politeknik atau Kolej Swasta. Hanya sebahagian kecil sahaja pelajar akan meneruskan pelajaran di tingkatan enam bagi menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Pendidikan Sejarah di Malaysia

Matapelajaran sejarah telah diajar sebagai salah satu matapelajaran diperingkat sekolah rendah sebelum pengenalan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM). Selepas tahun 1984 matapelajaran sejarah terus diajar di sekolah menengah sebagai salah satu matapelajaran aliran kemanusiaan. Mulai tahun 1992 matapelajaran sejarah menjadi subjek teras di peringkat tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Matapelajaran sejarah terus diperbaiki dengan memasukkan unsur Peradaban Dunia mulai tahun 1992 dan melihat sejarah daripada kaca mata budaya kita sendiri dan kaca mata barat. Ini untuk mengelak pelajar kita menjadi seperti ‘Katak di bawah tempurung’ (Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan Empat 1992).


Pada tahun 2002, Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat disemak bagi mempastikan aspek yang relevan dan terkini dimasukkan. Salah satu aspek yang diberikan tumpuan melalui rombakan tahun 2002 ialah menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran masa depan, perubahan dunia teknologi maklumat (TMK) serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad ke-21. Di sini kita dapati Negara kita telah sedar potensi ICT dalam P&P sejarah pada masa hadapan dengan memasukkan aspek ICT sejak tahun 2002.

Kaedah Pengajaran Sejarah

Dalam Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sejarah Tingkatan Empat (2002) telah mencadangkan beberapa kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sejarah. Antara teknik yang dicadangkan ialah:

1. Syarahan/Khutbah
2. Bercerita
3. Simulasi
4. Kajian Kes
5. Eksperimen
6. Sumbang Saran
7. Perbincangan
8. Tunjuk Cara
9. Penggunaan Sumber
10. Kerja Luar
11. Latih Tubi

Kaedah yang paling popular digunakan dalam P&P ialah kaedah khutbah atau syarahan, manakala bentuk P&P masih berpusatkan guru (Subadrah Nair 2005). Laporan prestasi mata pelajaran Sejarah Lembaga Peperiksaan Malaysia turut menyatakan pelajar masih menghafal dan membuat ramalan topik-topik tertentu tanpa menganalisis kehendak soalan (Lembaga Peperiksaan 2003). Kajian kes di Pakistan turut menunjukkan penggunaan kaedah lama dalam pengajaran sejarah (Intel Education 2007) dan situasi ini sangat membosankan pelajar (McKenzie, B. 2005)


Berdasarkan laporan LPM, masih terdapat ruang untuk mata pelajaran sejarah diajar menggunakan pendekatan lain yang turut melibatkan pelajar secara aktif dalam P&P. Justeru, ICT menawarkan pelaung yang sangat luas bagi menjadikan mata pelajaran sejarah sebagai mata pelajaran yang berkesan dalam pembinaan Negara dan menangani perubahan persekitaran yang begitu pantas.

Peranan ICT dalam P&P

Penggunaan ICT dalam P&P boleh dilihat dalam dua aspek iaitu aspek pengajaran oleh guru dan aspek pembelajaran oleh pelajar (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001).

Pengajaran

Ramai yang menjangkakan ICT akan merevolusi dunia pada abad ke-21 melalui perubahan dalam cara kerja, hubungan secara terus di antara pembuat dan pengguna, dan akses kepada sumber maklumat yang begitu banyak. Aspek pendidikan turut terdedah dengan perubahan apabila pelajar boleh mengakses sumber maklumat dengan mudah. Mata pelajaran sejarah turut mengalami perubahan dengan pengenalan ICT dalam pendidikan. Guru sejarah yang peka kepada perubahan akan menggalakkan pelajar membina kemahiran yang sesuai dengan keperluan dunia ICT. Antara beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan oleh guru sejarah ialah:

1. Apakah penentu kualiti penggunaan ICT dalam pengajaran sejarah di dalam kelas.
2. Bagaimanakah hasil pembelajaran sejarah dengan ICT dapat disatukan atau dibezakan
3. Bagaimanakah perancangan pengajaran boleh mencapai matlamat pengajaran

Kajian di England menunjukkan kualiti pengajaran sejarah sama ada dengan menggunakan ICT atau tidak, banyak bergantung kepada sejauh mana ilmu pengetahuan guru tentang mata pelajaran. Pemahaman guru tentang bagaimana cara terbaik untuk menyampaikannya juga memainkan peranan penting. Guru sejarah yang baik akan mencabar pelajarnya untuk berfikir secara sejarah. Penggunaan ICT dalam P&P sejarah bermaksud bagaimana ICT membantu proses P&P.

Kebelakangan ini telah menjadi fenomena biasa proses pengajaran di dalam kelas menggunakan alat bantu mengajar. Dalam konteks pendidikan di sekolah alat ICT yang biasa digunakan ialah Notebook atau PC, Projektor LCD, skrin LCD dan pembesar suara. Bagi memudahkan penyampaian biasanya hasil pengajaran ditunjukkan dalam bentuk Microsoft Power Point Presentation, Open Office Presenter. Kedua-dua perisian ini sangat mudah dikendalikan dan boleh dimasukkan sedutan video, gambar dan animasi. Ini banyak membantu guru meringkaskan bahan pengajaran dalam bentuk yang sangat menarik (Intel Education 2007). Sebahagian tenaga pengajar juga turut menggunakan software yang lebih advance misalnya penggunaan Macromedia Flash. Software ini agak sukar dikendalikan tetapi boleh menghasilkan slide animasi yang sangat menarik.


Selain penyediaan bahan-bahan menggunakan slide, guru turut menggunakan kemudahan internet dalam pengajaran. Misalnya guru menyediakan bahan dan dimasukkan dalam laman web sejarah. Kemudian pelajar akan diminta membuat rujukan di laman web yang disediakan. Guru juga turut menyediakan pautan laman web yang berguna sebagai sebahagian daripada bahan rujukan. Untuk tujuan ini guru sejarah haruslah memahami keperluan asas pembelajaran sejarah. Guru juga haruslah memahami asas ilmu sejarah dan memahami keperluan sumber sejarah. Guru harus mampu membantu pelajar berhadapan dengan bahan bukti, sebab dan akibat perubahan dalam sejarah. Misalnya sesetengah istilah seperti ’demokrasi’, ’bantuan’ , dan ’bangsa’, ditetapkan oleh faktor sejarah dan berbeza pengunaannya mengikut tempat (Joke van der Leeuw-Roord 1998).

Sumber-sumber yang diperoleh ini boleh membantu pelajar mengkonstruk narratif sendiri. Mereka perlu memahami naratif untuk membina pemahaman sendiri tentang masa lalu dari persepektif yang berbeza (Joke van der Leeuw-Roord. 1998). Situasi ini mungkin boleh diterima dalam sistem pendidikan sejarah di Amerika dan Eropah, tetapi keadaan di Malaysia mungkin memerlukan masa yang agak panjang sebelum kaedah ini dapat dijalankan dengan jayanya. Salah satu kemahiran yang dapat diterapkan di sini ialah pemikiran kritikal terhadap sumber, ICT dan bahan itu sendiri.

Menurut Chris Durbin (Joke van der Leeuw-Roord. 1998 ), pembangunan ICT akan memberi impak kepada pengajaran mata pelajaran sejarah. Misalnya kemampuan untuk mengakses data dalam jumlah yang besar akan membawa pelajar untuk bekerja secara kendiri. Untuk itu mereka memerlukan kemahiran inkuiri, menganalisis dan membina argument. Untuk mencapai matlamat ini kita harus memberi peluang untuk pelajar membuat analisis tentang masa lalu secara bebas dan menggunakan perisian pemprosesan perkataan (MS Word atau Text) untuk menuli semula jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan.

Pendedahan kepada internet tanpa panduan boleh menyebabkan pelajar hilang punca dalam membuat pencarian. Justeru guru juga boleh menggunakan kaedah lain iaitu menjalankan perbincangan di internet. Perbincangan boleh dijalankan melalui kumpulan-kumpulan pengguna di www.yahoo.com atau www.gmail.com. Bagi penulis kaedah yang paling sesuai adalah melalui kaedah discussion board yang lebih mengkhusus kepada tujuan perbincangan. Antara discussion bard yang paling banyak digunakan diinternet ialah phpBB dan Invision Power Board.

Tenaga pengajar boleh bertindak sebagai moderator dan memasukkan bahan bacaan, pautan internet dan bahan muat turun di dalam forum (Pusat Perkembangan Kurikulum 2008). Pelajar boleh melakukan perbincangan dan berkongsi kesemua bahan yang diperoleh hasil penerokaan di internet.

Kesahihan bahan di internet selalu dipertikaikan. Justeru kemahiran harus diberi kepada pelajar agar pelajar mampu menilai secara kritikal sumber yang diterima, misalnya melalui filem dan cetakan. Aspek yang ditekankan melalui cara kerja kritis:

1. Siapakah yang menulis sumber?
2. Apakah tujuannya?
3. Kepada siapa penulisan ini ditujukan?
4. Bila ia diterbitkan?
5. Apakah motif penerbitan bahan tersebut?
6. Bagaimanakah kesesuaian sumber maklumat?


Kaedah Simulasi dan tutorial multimedia merupakan salah satu kaedah pengajaran yang terbaik sekiranya pengajar memahami proses menghasilkan courseware yang sesuai dengan bahan pengajaran (DelGaudio & Julian J. 2002).

Walaupun banyak kaedah boleh digunakan dengan menggunakan ICT dalam P&P, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) mencadangkan P&P melalui empat kategori:


1. Tutorial
2. Penerokaan
3. Aplikasi
4. komunikasi

1.0 Pembelajaran Tutorial

ICT dalam P&P mata pelajaran sejarah boleh menggunakan kaedah tutorial apabila digunakan untuk menyampaikan kandungan pelajaran berdasarkan urutan topik yang telah ditetapkan (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Kaedah tutorial merangkumi:

1. Pembelajaran Ekspositori
2. Demonstrasi sesuatu fenomena yang dikawal urutannya
3. Latihan atau latih tubi yang disampai dan dikawal oleh sistem

Melalui kaedah ini guru akan menerangkan dengan teliti cara penggunaan komputer dan perisian yang terdapat di dalam CDROM, cakera keras ataupun laman web (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001). Dengan itu pelajar boleh menggunakan bahan dengan panduan daripada guru. Situasi ini menjadi lebih mudah disebabkan semua perisian yang ada kini menggunakan aspek multimedia.

Kaedah ini sesuai digunakan apabila terdapat perbezaan kemampuan penggunaan alat ICT di kalangan pelajar dan bilangan pelajar sangat ramai di dalam sesebuah kelas. Penyediaan bahan melalui courseware akan dapat menyeleaikan masalah kekurangan guru misalnya guru terbabit terlibat dalam aturcara di luar sekolah. Malah latihan pelbagai peringkat memberi ruang pelajar yang berbeza kemampuan untuk menguji keupayaan mereka sesuai dengan tahap yang disediakan.

2.0 Pembelajaran Penerokaan (Eksploratory)


Pembelajaran Penerokaan boleh berlaku sekiranya ICT digunakan sebagai medium untuk:

1. Mencari dan mengakses maklumat daripada CDROM/DVDROM dan internet
2. Mempelajari sesuatu secara simulasi
3. Demonstrasi sesuatu kejadian yang urutan babaknya dikawal oleh murid

Pembelajaran berbentuk penerokaan melalui laman web diperkenalkan oleh Jack Thorpe dan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang bertujuan melatih tentera Amerika dalam melakukan sesuatu operasi. Malah kaedah simulasi berasaskan laman web bagi Yucesan dan Chun Hung Chen (Shaharudin Md Salleh 2007) merupakan salah satu cara untuk meluaskan kaedah simulasi dalam pendidikan disebabkan sifat internet yang lebih mudah diakses melalui pelbagai sistem operasi komputer. Ini disokong oleh kajian Lorenz et. al (Shaharudin Md Salleh 2007) menyatakan simulasi boleh menjadi alat dan model yang boleh digunakan oleh pelajar malah ia bersifat global disebabkan ciri yang mudah diakses. Ini menyokong pembelajaran kaedah kooperatif dilakukan di dalam kelas.

Pembelajaran penerokaan boleh dilakukan melalui penyediaan CDROM atau DVDROM yang sesuai dengan P&P Sejarah selain daripada menggunakan internet. Dalam satu kajian kes di Sweden, pembelajaran sejarah menggunakan CDROM yang diusahakan oleh Muzium dan Jabatan Arkib di Stockholm. Dalam modul yang disediakan pelajar diminta mengemukan persoalan dan mengemukakan dapatan mereka. Pelajar telah membincangkan tentang projek yang dibuat dan mempersembahkan hasil melalui Power Point. Banyak penemuan yang dihasilkan oleh pelajar dan didapati mereka sangat gembira dengan hasil tinjauan mereka. Manakala di Canada (Paquin M & Barfurth M 2007) kajian menunjukkan berlakunya peningkatan minat daripada pelajar disebabkan sebahagian pelajar memiliki kemahiran menggunakan alat ICT.


Melalui kaedah ini pelajar sendiri yang menentukan maklumat yang diterima melalui medium ICT. Justeru penerangan yang jelas amat penting agar pelajar menggunakan ICT untuk mempelajari sejarah. Kaedah ini sangat sesuai dengan pendekatan pembelajaran Konstruktif, iaitu penekanan kepada aspek kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pelajaran yang autentik, dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial.

Kaedah ini sesuai dalam situasi berikut:

1. Pembelajaran yang berbentuk inkuiri penemuan
2. Penyelesaian masalah kehidupan sebenar
3. Kajian masa depan
4. Pembelajaran simulasi


Kaedah ini akan memberi kelebihan kepada pelajar supaya lebih aktif dan tidak berorientasikan guru. Guru boleh menerapkan teori pembelajaran konstruktif, pelbagai kecergasan dan sebagainya.

3.0 Aplikasi Teknologi Maklumat

Internet merupakan sumber maklumat yang begitu besar tetapi tidak semuanya boleh digunakan sebagai sumber maklumat yang sahih dari kaca mata sejarah. Malah maklumat yang sama boleh ditafsirkan dengan cara yang berbeza oleh penulis laman web. Aspek “bias”, propaganda politik dan ekonomi boleh mempengaruhi tafsiran bahan sejarah.

Pencarian maklumat sejarah yang sah bukanlah satu tugas yang mudah. Pelayar (Browser) yang sesuai dan banyak digunakan misalnya Internet Explorer, Mozilla Firefox dan Netcape Navigator. Semua pelayar ini boleh menyimpan tapak-tapak web yang dilayari (Bookmark). Manakala pencarian di internet akan menggunakan enjin pencari seperti Yahoo, Google, Alta Vista dan lain-lain lagi. Kaedah yang biasa digunakan dalam P&P ialah:

* Guru menyenaraikan alamat web untuk dicarikan maklumat.
* Guru menyenaraikan beberapa soalan yang perlu diselesaikan melalui carian maklumat di laman web.
* Pelajar akan membentangkan hasil dapatan mereka.

Perkara paling jelas dalam menggunakan aplikasi ICT untuk tujuan P&P sejarah ialah kita boleh memberi tumpuan kepada topik pengajaran berbanding sub topik lain yang kurang ditekankan. Misalnya, selepas melakukan ekperimen dalam kajian Arkeologi sejarah pelajar perlu mengkaji hubungan di antara dua pembolehubah. Mungkin pelajar perlu membuat plot graf yang banyak untuk melihat hubungan. Adalah tidak dinafikan pelajar perlu memiliki pengetahuan dalam membina graf tetapi dalam sejarah kita wajar memanipulasi beberapa perisian yang khusus untuk membuat pengiraan dan membina graf. Justeru, perhatian pelajar bukanlah tentang masalah mebina graf teapi untuk membuat tafsiran dan analisis terhadap graf dan trend graf yang dibina oleh perisian komputer (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001).

Kekurangan yang paling ketara dalam implementasi kaedah ICT dalam P&P sejarah di negara kita ialah tidak wujud aspek perkongsian maklumat dengan sekolah atau institusi lain dalam dapatan bahan. Kalaupun ada aspek perkongsian hanya terhad kepada perkongsian yang berkaitan dengan soalan peperiksaan atau pembinaan bank soalan.

Aplikasi ICT dalam P&P sejarah boleh melibatkan penggunaan Internet, E-Mail, CDROM, Pangkalan Data, dan Pemprosesan perkataan. Aplikasi ini akan dijelaskan dalam topik seterusnya.

4.0 ICT Sebagai Alat Komunikasi

Aspek Komunikasi dalam peralatan ICT hanya terhasil apabila sumber sejarah, guru dan pelajar dapat menerima, menghantar dan berkongsi bahan sejarah dalam lokasi tempat yang berbeza. Komunikasi di buat dalam bentuk Komputer Peribadi (PC), Notebook dan telefon bimbit. Perbezaan tempat ialah jarak di antara sumber, guru dan pelajar berada, malah mungkin merentasi sempadan negara dan sempadan masa. Bahan yang dikongsi boleh wujud dalam bentuk:

1. Teks

2. Grafik

3. Audio

4. Video

5. Kombinasi pelabagai mod

Teknik komunikasi dalam P&P melalui empat teknik di bawah:

1. Teknik Seorang (bersendirian) – Teknik ini biasa dilakukan melalui ekplorasi terhadap bahan di internet. Dalam teknik ini pelajar akan membuat akses tehadap sumber sejarah tanpa melibatkan komunikasi dua hala.

2. Teknik Seorang kepada Seorang-Teknik ini melibatkan komunikasi di antara pelajar atau pelajar dengan guru. Biasanya kaedah ini melibatkan penggunaan penggunaan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada telefon bimbit, E-Mail, dan Chatting.

3. Teknik Seorang kepada Ramai – Kaedah ini melibatkan penggunaan E-Mail, Chatting, Forum dan Kumpulan-kumpulan pengguna di Yahoo atau Gmail (Aspek ini akan diperincikan di bahagian topik seterusnya).

4. Teknik Ramai kepada Ramai - Teknik yang biasa digunakan ialah forum dan Kumpulan-kumpulan pengguna di Yahoo atau Gmail.

Satu model yang boleh memainkan peranan penting di sini ialah Pembelajaran Kolaboratif. Pemodenan infrastruktur komunikasi menjadi pelajar, guru dan sumber sejarah boleh berhubung merentas sempadan daerah, budaya, dan politik. Justeru, pembelajaran sejarah oleh pelajar akan banyak berkongsi pengalaman dan membuat perbandingan dengan negara lain. Kaedah pembelajaran begini mampu membuka minda (Pusat Perkembangan Kurikulum 2001), serta menjadikan pembelajaran sejarah sesuatu yang sangat menyeronokkan pelajar. Peningkatan ilmu pengetahuan hasil empat teknik komunikasi diharap dapat meningkatkan keyakinan kendiri pelajar dan seterusnya memenuhi matlamat negara menyediakan pelajar yang boleh bersaing di peringkat global dalam semua apek kehidupan.

Amatlah jelik sekiranya pelajar yang dikeluarkan oleh negara kita mengabaikan perkembangan teknologi komunikasi khususnya dalam skop pembelajaran sejarah. Tanpa komunikasi yang terbuka kita mungkin cenderung melahirkan pelajar yang terlalu jumud berfikir dan hanya bergantung kepada buku teks.

Penggunaan Teknologi Maklumat Guru dan Pelajar

Sekiranya pembelajaran sejarah menerapkan ICT sebagai alat dalam P&P sejarah maka bagaimanakah guru harus memandu pelajar untuk mendekati sumber sejarah untuk dipelajari? Di antara teknik yang boleh digunakan ialah:

* Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang relevan dengan tajuk
* Mengestrak maklumat daripada beberapa sumber
* Menilai sumber dan membuat rumusan berasaskan bukti sedia ada
* Mengenal pasti hubungan, kecenderungan dan bentuk perubahan
* Memberi penerangan terhadap perubahan dan menggunakan pengetahuan sejarah untuk menerang perubahan khusus dalam konteks sejarah
* Bahagikan punca kepada beberapa bahagian dan cari hubungan di antara punca
* Uji hipotesis
* Beri sokongan hujah dengan ilmu pengetahuan
* Beri penerangan dan analisis peristiwa masa lalu

Dalam P&P sejarah guru harus menekankan kepada pelajar bahawa penggunaan ICT bukan bermakna menjadikan sejarah sebagai mata pelajaran ICT tetapi ICT membantu mempermudahkan pemahaman mata pelajaran sejarah.

Internet

Internet menyediakan banyak bahan untuk di akses dan dikongsi bersama. Sejak Semakan Kurikulum Sejarah tahun 2002, Kementerian Pendidikan Malaysia ada memasukkan pautan-pautan berguna bagi setiap tajuk yang dipelajari oleh pelajar. Untuk tujuan penulisan, penulis akan mengambil beberapa pautan yang digunakan dalam buku teks Sejarah Tingkatan 4. Berikut adalah pautan-pautan yang dimasukkan dalam buku teks pelajar:


* http://www.historian.net/hxwrite.htm
* http://ancienthistory.com/
* http://sejarahmalaysia.pnm.my/

Di internet maklumat dipaparkan melalui Portal dan forum, Brosur, E-Commerce, dan Enjin Pencari.


Kaedah Portal dan Forum



No comments:

Post a Comment