Sunday, February 14, 2010

Persoalan yang memerlukan komen anda semua

Adakah penggunaan ICT dalam pengajaran Sejarah di dalam kelas menjadi penentu kualiti kepada p & p. Berikan komen anda!....

Wednesday, February 10, 2010

Penggunaan ICT di dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah
















Abstrak

Mata pelajaran sejarah sering dikaitkan dengan unsur lama dan statik dalam pengajaran dan pembelajaran. Justeru tulisan ini cuba mengetengahkan bagaimana aspek ICT boleh digunakan sebagai bahan untuk P&P sejarah. P&P sejarah boleh menggunakan empat teknik iaitu teknik tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. P&P Keempat-empat teknik ini boleh menggunakan Kaedah Portal dan Forum, e-mail, CDROM, pangkalan data sejarah, pemprosesan perkataan dan presentation, dan penggunaan perpustakaan maya. Penggunaan ICT dalam P&P turut memberikan kesan dan cabaran kepada kita dari aspek propaganda dan tempias globalisasi, keupayaan mengakses maklumat, kekurangan perisian dan courseware berbahasa Melayu, Isu latihan guru sejarah, persamaan peluang mengakses bahan, dan isu pengajaran dan pembelajaran. Secara kesimpulannya pengalaman negara-negara di Eropah menunjukkan P&P menggunakan ICT dapat meningkatkan minat dan pencapaian dalam mata pelajaran sejarah. Walau bagaimanapun penggunaan ICT harus dirancang dengan teliti untuk mengelak mata pelajaran sejarah menjadi Sejarah ICT dan bukannya ICT dalam P&P Sejarah.